Transfer News Lagi : Ivanovic Tak Akan Pindah Sekolah

Mengingatkan kembali ketika Ivanovic menjaringkan 2 gol pemusnahnya di Anfield pada suku akhir Liga Juara-Juara Eropah untuk tempoh beberapa minggu yang lalu dan Liverpool tersingkir dengan malunya di Liga Juara-Juara Eropah musim ini.
Sebelum dia menjaringkan gol hebatnya itu di Anfield itu, ramai pihak khususnya peminat Chelsea mahu dia dijual di kelab-kelab lain.Tetapi selepas peristiwa gol emasnya di Anfield itu, tiba-tiba pihak pengurusan Chelsea berubah fikiran dan tidak mahu menjualnya untuk mana-mana kelab.

Kenyataan itu sendiri telah dijelaskan oleh agen Ivanovic iaitu Vlado Borozan."Saya yakin The Blues sendiri tidak mahu menjual Ivanovic kepada mana-mana kelab kerana Ivanovic seorang pemain pertahanan yang sangat berbakat dan rugi besar jika mereka melepaskannya kepada kelab lain," ujar agennya itu.
Akhbar England menyatakan bahawa selain daripada Fiorentina, gergasi Itali,AC Milan juga dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmatnya itu.
0 comments:
Post a Comment